Qari ‘Abdul-Basit ‘Abdus-Samad (1927–1988) (B Arab; عبد الباسط عبد الصمد), adalah salah seorang Qari (pembaca Al-Quran) Mesir yang terkenal di seluruh dunia. Beliau adalah antara penghafaz al-Quran yang pertama merakamkan bacaan-bacaan beliau di studio rakaman komersial. Beliau juga adalah presiden pertama Persatuan Qari-Qari Mesir ketika itu. (Sumber: Wikipedia)
Laman ini memfokus kepada rakaman-rakaman “klasik” beliau, yang dirakam sekitar awal tahun 1950-an sehingga ke akhir 1960-an.
Berikut adalah koleksi capaian artikel-artikel serta klip multimedia berkaitan qari ini:-
- Riwayat hidup beliau menurut Utusan Malaysia (“Sheikh Abdul Basit qari tersohor” – oleh Khairul Anuar Mohamad, 17/08/2011)
- Dokumentari terbitan Al-Jazeera (2013) yang menceritakan riwayat hidup beliau (dalam 3 bahagian)
- Dokumentari bersiri “Great Muslim Lives” terbitan Ilm Film (2014) menampilkan Syeikh Abdul Basit di dalam episod pertamanya
- Syeikh Abdul Basit pernah menjadi jemputan khas sempena pembukaan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 27 Ogos, 1965
- Wawancara di TV, 1968
- Pada tahun 1985, saluran 1 TV Mesir telah menyiarkan sebuah wawancara dengan beliau, yang antara lain menyentuh tentang cabang-cabang ilmu Qiraat.