Assalaamu’alaikum wbt.
Laman ini sekadar menampilkan bacaan surah-surah pilihan oleh Syeikh Abdul Basit Muhammad Abdus Samad, yang dirakam sekitar tahun 1950-1960an, dalam bentuk berbeza dan lebih interaktif. Buat masa ini, setiap rakaman dimainkan terus dari Audiomack, manakala terjemahannya dipaparkan di laman ini. Teks terjemahan dipetik daripada Tafsir Al-Azhar, karya Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka).
Untuk mengenali kedua tokoh ini dengan lebih dekat lagi, sila layari capaian berikut:-
Di samping mendengar bacaan serta mengikuti terjemahannya, silalah dalami juga tafsiran ayat-ayat tersebut oleh para ulamak tafsir yang berwibawa. Ini kerana tanpanya, kita tidak akan dapat memahami maksud sebenar ayat-ayat yang dibacakan. Ayat-ayat ini harus difahami mengikut konteks asalnya terlebih dahulu, sebelum dapat disesuaikan dengan keadaan masa kini. Kitab Tafsir Al-Azhar contohnya, boleh diperolehi di mana-mana kedai buku agama, atau melalui edisi terbarunya di PTS (dalam bentuk buku atau e-book).
Buat menghormati usaha-usaha terdahulu dalam pengumpulan dan penyebaran rakaman serta gambar-gambar yang berkaitan, kami sertakan sumber asal bagi setiapnya selagi mampu. Namun sebagaimana lumrahnya rakaman langka, sumber yang dinyatakan bukan sumber primer dan/atau tidak tepat. Oleh itu, mohon jasa baik kalian untuk perbetulkan atau hantarkan sebarang maklumat mengenainya.
Selamat mendengar dan bertadabbur.
Maklumat gambar hiasan: Sebuah salinan Al-Quran, menggunakan khat Kufi (Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/File:Quran_Kufic_script.jpg)